(Gambar di petik dari http://irfanrasyid.blogspot.com/2009/06/shaolin-kungfu.html)
Menarik tak gambar di atas?Saya memang suka melihat pergerakan seni bela diri Kung Fu/ Shao Lin. Ianya kelihatan lebih 'lembut' yang saya sifatkan sebagai 'tenang & sabar'. Dan saya percaya seni bela diri yang lain seperti Judo,Silat,Karate dan lain-lain juga memiliki keistimewaan dan kelebihan dalam kelas yang tersendiri.
Namun apa yang ingin saya tekankan dalam entri kali ini ialah kepentingan 'pergerakan anggota badan' yang seringkali kita simpulkan sebagai 'senaman'.Ini berikutan peningkatan kes-kes obesiti yang semakin meningkat di kalangan penduduk dunia. Bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia!
Dan, perkara yang lebih membimbangkan ialah kesan buruk obesiti terhadap tubuh di mana ia boleh menjejaskan tahap kesihatan ke tahap yang KRONIK.
(Gambar di petik dari http://www.irishhealth.com/clin/ffl/obesity.html)
Lihat?Bahaya bukan?Eii..tak takut ke??
Semua jenis pergerakan adalah baik untuk kesihatan sama ada berlari,melompat,menungging,meniarap dan lain-lain. Dan dalam kesimpulan saya, terdapat satu 'sesi' di mana terdapatnya SATU SET pergerakan yang LENGKAP, yang pastinya mampu membina kesihatan yang lebih baik.
(Gambar di petik dari http://sainssolat.wordpress.com/about/)
Ya inilah dia yang saya maksudkan, satu 'sesi' yang mengandungi pergerakan yang sempurna sama ada untuk peredaran darah, penghantaran oksigen,pemulih-gerak peristalsis dalam usus, dan penambahbaik tahap denyutan jantung,semuanya ada di sini iaitu melalui SOLAT.
Itulah yang dahsyatnya. Menunaikan solat bukan hanya sekadar memperoleh pahala bahkan juga sekaligus dapat memelihara & memulihara kesihatan ke tahap yang optimum. Namun ini hanyalah pandangan dari sisi saya, hasil pengalaman & pembelajaran sepanjang hayat.
Dan saya sering menganggap solat sebagai 'penutup' segala pergerakan harian terutama solat malam (tahajjud). Ianya seolah-olah waktu yang paling optimum untuk membaiki dan mengganti sel-sel badan yang rosak akibat pekerjaan kita seharian. Waduh...waduh...sakitnya....hehe
"Badan yang sihat harus di pelihara
Tubuh yang sakit segeralah di pulihara
Amalan senaman baik untuk semua
Mari,mari,mari dan mari bersama kita mengamalkannya"
Mari,mari,mari.
Mari bersenam,mari bersolat!
Salam.Sekian.




No comments:
Post a Comment