(Melintang lalu di julang patah)
*gambar ehsan http://www.flickr.com/photos/bacang/3670815415/..sangat cantik!
Seperti gambar di atas, beradanya saya di sini bukan untuk di julang, tapi untuk berkongsi secalit pengetahuan secangkir pengalaman bersama para pembaca. Saya percaya jika saya di julang maka saya akan patah, baik dari segi niat, mahupun keikhlasan menulis yang bertukar menjadi riak dan takabbur. Mohon di jauhkan.
Apa yang di paparkan dalam blog ini bukanlah untuk di patuhi,dituruti,atau di percayai, tetapi hanya sekadar sebuah perkongsian buah fikiran, dan juga mungkin...luahan perasaan?
Maklumlah, saya juga hanya manusia biasa.
"Bukan malam yang ku pegang,
Bukan siang untuk ku genggam,
Keimanan dan ketakwaan penebat iman,
Melandasi susuran sepanjang perjalanan"
Cukup setakat ini pada kali ini,
salam ukhuwah, dan salam sayang dari saya.
Salam.
No comments:
Post a Comment