RASA-RASA......
Pernah tak anda melihat...dan menilai hidup anda?
Walaupun hanya sekali?
Ya, hanya sekali.
Contoh soalan mudah.....Pernah tak anda terfikir....
" Hidup aku untuk apa? "
atau
" Apa tujuan hidup aku?"
"Untuk apa aku di ciptakan? "
Dan apabila berlaku musibah, kemalangan, sesuatu yang kita tak suka......selalunya kita akan berkata :
" Kenapa mesti AKU? "
Jahatnya kita kan?
Tapi saya rasa...................
Dari musibah itu
Dari kemalangan-kemalangan itu
Dari kisah-kisah malang itu
Dari segala dan semua yang teruk-teruk tu
Secara automatik anda akan mengenal ERTI HIDUP
Ya..
Kenapa seharusnya kita?
Kenapa tidak mereka?
Apa yang Tuhan mahu?
Apa yang Dia mahu tunjukkan pada kita tentang hidup ini?
Tujuan hidup kita ini?
Bersabarlah....
Bertenanglah...
CAKAP MEMANG MUDAH
Ambillah masa...dan fikir-fikirkanlah sejenak tentang hidup anda...
Dan anda akan tahu erti hidup
Buat diri anda
Yang sebenar.
Wassalam...............
Wednesday, July 20, 2011
Sunday, May 15, 2011
~ TALI ~
Masa kecik - kecik dulu..
..ingat lagi..ada sorang kawan bagi teka - teki, " Banyak - banyak negara...negara apa yang takut dengan tali? " Maka tercenganglah kami..mencari dan meneka - neka jawapan...negara apaaa yang takut dengan tali...?..hhmmm...
Jawapannya? Yaa..anda pun tahu..Jawapannya tak lain tak bukan ialah ITALI ( dengan sebutan " eeeee....tali...!!" hahahahahaha! lucu kan? kenangan masa kecil - kecil dulu :)
Bila saya dah besar sedikit...dah pandai baca quran, kemudian tak lama selepas itu, ayah minta saya untuk baca Al Quran terjemahan...Baca punya baca....ada satu kisah yang menarik, mengenai TALI juga! Cerita tentang Nabi Musa berlawan dengan ahli sihir Firaun. Tali -tali ahli sihir Firaun ini boleh menjelma berupa ULARRR.....
Namun kuasa Allah lebih hebat..Tongkat mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi Musa tidak dapat di tandingi oleh ular -ular jelmaan tali - tali ahli sihir Firaun ini...
Dan jika anda baca di dalam Al Quran akan kisah ini, anda akan dapati betapa hebatnya kuasa Allah sehinggakan ahli - ahli sihir Firaun yang hebat - hebat ini tunduk, dan mengakui kekuasaan dan kebesaran Allah (Subhanallah!). Serta - merta mereka memeluk agama islam. Anda tahu apa yang di katakan oleh ahli - ahli sihir Firaun ini?
“Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, (iaitu) Tuhan Musa dan Harun.” (Al-A’raf, 7: 121-122)
Itulah serba ringkas tentang Firaun, sejarah dahulu yang benar - benar tercatat dalam Al Quran. TAPI......apa realitinya dengan hari ini? Relevan lagikah?
Ya! Ada 'mesej' yang ingin di sampaikan dari peristiwa ini.
Apabila di nyatakan dengan perkataan TALI, apa yang tergambar dalam pemikiran anda? ya...TALI juga sering kali di hubung kaitkan dengan erti makna ' hubungan ', ' persaudaraan ' atau ' sesebuah ikatan ' ( relationship ).
NAMUN....apakah relevannya terhadap konteks kehidupan hari ini? Cuba fikirkan....
Dah dapat? Baiklah, saya akan memberikan penjelasannya.
Dalam banyak - banyak perhubungan kita... ada tak sesiapa yang selalu ajak kita solat? mengenal Allah? Memberi ingatan tentang hari akhirat.. atau lebih banyak ajak kita pergi menonton bola..konsert....shopping..wayang.....
" Eh salah ke tengok bola? " Tak salahhhhhhhhhhhh...tapi jangan la asyik ajak tengok bola jeee...Solat terlepas...tu tak termasuk memaki hamun pemain, bangga diri cakap besar...MasyaAllah...kok ye pun jaga la adab sikit....aihhhhhhh....chek nie! ( loghat utara.haha)
Hahahaha. Jangan ada yang terasa yaaa..sekadar peringatan dan perkongsian...Bukan apa...Kadangkala cuba fikirkan apabila kita hendak membina hubungan yang lebih serius.... Pasangan yang bagaimana kita mahukan? Generasi yang bagaimana ingin kita membentuk? Zuriat yang bagaimana ingin kita lahirkan? Ianya bermula dengan amalan dan hubungan kita HARI INI.
Akhir sekali pesanan saya, dalam mencari dan menemui ' tali -tali ' ( hubungan, relationship ) di sekitar anda, cari dan berpegang teguhlah kepada tali yang benar - benar dapat membantu kita mengingat dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Tali Allah itu kuat, tali Allah itu benar. InsyaAllah.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Semoga ada manfaatnya :)

Contoh tali...hehehe
Jawapannya? Yaa..anda pun tahu..Jawapannya tak lain tak bukan ialah ITALI ( dengan sebutan " eeeee....tali...!!" hahahahahaha! lucu kan? kenangan masa kecil - kecil dulu :)
Contoh bendera negara Itali
Bila saya dah besar sedikit...dah pandai baca quran, kemudian tak lama selepas itu, ayah minta saya untuk baca Al Quran terjemahan...Baca punya baca....ada satu kisah yang menarik, mengenai TALI juga! Cerita tentang Nabi Musa berlawan dengan ahli sihir Firaun. Tali -tali ahli sihir Firaun ini boleh menjelma berupa ULARRR.....
Ular!!!!
Namun kuasa Allah lebih hebat..Tongkat mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi Musa tidak dapat di tandingi oleh ular -ular jelmaan tali - tali ahli sihir Firaun ini...
Dan jika anda baca di dalam Al Quran akan kisah ini, anda akan dapati betapa hebatnya kuasa Allah sehinggakan ahli - ahli sihir Firaun yang hebat - hebat ini tunduk, dan mengakui kekuasaan dan kebesaran Allah (Subhanallah!). Serta - merta mereka memeluk agama islam. Anda tahu apa yang di katakan oleh ahli - ahli sihir Firaun ini?
“Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, (iaitu) Tuhan Musa dan Harun.” (Al-A’raf, 7: 121-122)
***
Itulah serba ringkas tentang Firaun, sejarah dahulu yang benar - benar tercatat dalam Al Quran. TAPI......apa realitinya dengan hari ini? Relevan lagikah?
Ya! Ada 'mesej' yang ingin di sampaikan dari peristiwa ini.
Apabila di nyatakan dengan perkataan TALI, apa yang tergambar dalam pemikiran anda? ya...TALI juga sering kali di hubung kaitkan dengan erti makna ' hubungan ', ' persaudaraan ' atau ' sesebuah ikatan ' ( relationship ).
Hubungan...relationship...
NAMUN....apakah relevannya terhadap konteks kehidupan hari ini? Cuba fikirkan....
Hahaha..( bergurau sebentar )
Dah dapat? Baiklah, saya akan memberikan penjelasannya.
Dalam banyak - banyak perhubungan kita... ada tak sesiapa yang selalu ajak kita solat? mengenal Allah? Memberi ingatan tentang hari akhirat.. atau lebih banyak ajak kita pergi menonton bola..konsert....shopping..wayang.....
" Eh salah ke tengok bola? " Tak salahhhhhhhhhhhh...tapi jangan la asyik ajak tengok bola jeee...Solat terlepas...tu tak termasuk memaki hamun pemain, bangga diri cakap besar...MasyaAllah...kok ye pun jaga la adab sikit....aihhhhhhh....chek nie! ( loghat utara.haha)
Hahahaha. Jangan ada yang terasa yaaa..sekadar peringatan dan perkongsian...Bukan apa...Kadangkala cuba fikirkan apabila kita hendak membina hubungan yang lebih serius.... Pasangan yang bagaimana kita mahukan? Generasi yang bagaimana ingin kita membentuk? Zuriat yang bagaimana ingin kita lahirkan? Ianya bermula dengan amalan dan hubungan kita HARI INI.
Akhir sekali pesanan saya, dalam mencari dan menemui ' tali -tali ' ( hubungan, relationship ) di sekitar anda, cari dan berpegang teguhlah kepada tali yang benar - benar dapat membantu kita mengingat dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Tali Allah itu kuat, tali Allah itu benar. InsyaAllah.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Semoga ada manfaatnya :)
" TELAH banyak Tali - Tali di lemparkan kepadaku,
namun Hanya ada SATU tali yang benar - benar membawaku kepada-Mu"
Sunday, January 9, 2011
Mari Bersenam! (Menyingkap Kesedaran,Membina Kekuatan,Memulihara Kesihatan)
(Gambar di petik dari http://irfanrasyid.blogspot.com/2009/06/shaolin-kungfu.html)
Menarik tak gambar di atas?Saya memang suka melihat pergerakan seni bela diri Kung Fu/ Shao Lin. Ianya kelihatan lebih 'lembut' yang saya sifatkan sebagai 'tenang & sabar'. Dan saya percaya seni bela diri yang lain seperti Judo,Silat,Karate dan lain-lain juga memiliki keistimewaan dan kelebihan dalam kelas yang tersendiri.
Namun apa yang ingin saya tekankan dalam entri kali ini ialah kepentingan 'pergerakan anggota badan' yang seringkali kita simpulkan sebagai 'senaman'.Ini berikutan peningkatan kes-kes obesiti yang semakin meningkat di kalangan penduduk dunia. Bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia!
Dan, perkara yang lebih membimbangkan ialah kesan buruk obesiti terhadap tubuh di mana ia boleh menjejaskan tahap kesihatan ke tahap yang KRONIK.
(Gambar di petik dari http://www.irishhealth.com/clin/ffl/obesity.html)
Lihat?Bahaya bukan?Eii..tak takut ke??
Semua jenis pergerakan adalah baik untuk kesihatan sama ada berlari,melompat,menungging,meniarap dan lain-lain. Dan dalam kesimpulan saya, terdapat satu 'sesi' di mana terdapatnya SATU SET pergerakan yang LENGKAP, yang pastinya mampu membina kesihatan yang lebih baik.
(Gambar di petik dari http://sainssolat.wordpress.com/about/)
Ya inilah dia yang saya maksudkan, satu 'sesi' yang mengandungi pergerakan yang sempurna sama ada untuk peredaran darah, penghantaran oksigen,pemulih-gerak peristalsis dalam usus, dan penambahbaik tahap denyutan jantung,semuanya ada di sini iaitu melalui SOLAT.
Itulah yang dahsyatnya. Menunaikan solat bukan hanya sekadar memperoleh pahala bahkan juga sekaligus dapat memelihara & memulihara kesihatan ke tahap yang optimum. Namun ini hanyalah pandangan dari sisi saya, hasil pengalaman & pembelajaran sepanjang hayat.
Dan saya sering menganggap solat sebagai 'penutup' segala pergerakan harian terutama solat malam (tahajjud). Ianya seolah-olah waktu yang paling optimum untuk membaiki dan mengganti sel-sel badan yang rosak akibat pekerjaan kita seharian. Waduh...waduh...sakitnya....hehe
"Badan yang sihat harus di pelihara
Tubuh yang sakit segeralah di pulihara
Amalan senaman baik untuk semua
Mari,mari,mari dan mari bersama kita mengamalkannya"
Mari,mari,mari.
Mari bersenam,mari bersolat!
Salam.Sekian.
Saturday, January 8, 2011
Robot VS Manusia (Erti Kehidupan)
(Gambar di petik dari http://blog.al.com/techcetera/2008/05/iron_man_great_moments_in_iron.html)
Suatu hari sebuah Robot datang mengampiri saya lalu bertanya, "Apa ertinya menjadi seorang manusia?"
Dan saya menjawab, "Hidup Bertuhan!"
(Gambar di petik dari http://collider.com/videogames/article.asp/aid/11629/tcid/1)
Apakah maksud 'hidup bertuhan'? Secara purata hidup bertuhan bermaksud "Penilaian hidup kita ke atas SUBJEK PENGORBANAN TERTINGGI yang kita SANGGUP lakukan". Dan jika tersalah,anda mungkin akan sesat!
Tak percaya?
Baiklah,saya akan memberikan contoh subjek yang di 'angkat' sebagai 'Tuhan' pada hari ini yang 99.99% telah berjaya menyesatkan akidah manusia:
1) Nafsu
2) Harta
3) Nama
4) Keseronokan tidak berbatas dunia
5) dan lain-lain (tak larat nak taip.Cukup sekadar contoh-contoh ini)
Tak nampak bukan?Kadang-kadang tak perasan pun.Atau buat-buat tak perasan.Kan?Kan?Kan?
Tuhan adalah 'subjek' di mana kita akan sanggup berkorban apa saja untuknya, baik mendapatkannya,memilikinya,memperolehi kasih sayangnya,cintanya,dan sebagainya!Kita akan berusaha kuat untuknya.
Dan Tuhan yang sebenar,sudah pasti adalah Allah Ta'ala yang seharusnya kita RELA BERKORBAN untuk-Nya,mendapatkan cinta-Nya,kasih sayang-Nya, dan keredhaan-Nya.
(Gambar di petik dari http://www.allahsword.com/convert.html)
Jadi jika kita ulas semula akan maksud 'Hidup Bertuhan', sudah dapatkah anda menafsirkannya?
NOTA: Saya menghormati Tuhan agama lain. Sama seperti untuk penganut agama Islam, peringatan saya kepada anda juga adalah sama iaitu agar anda tidak meletakkan contoh 5 elemen di atas melebihi 'taraf' Tuhan anda kini.
"Apa yang di kejar,
Itulah yang di cinta,
Hidup Bertuhan penanda jalan,
Baik syurga, mahupun neraka."
Sekian.Salam.
Thursday, January 6, 2011
Berada Di Sini (Melintang Lalu Di Julang Patah)
(Melintang lalu di julang patah)
*gambar ehsan http://www.flickr.com/photos/bacang/3670815415/..sangat cantik!
Seperti gambar di atas, beradanya saya di sini bukan untuk di julang, tapi untuk berkongsi secalit pengetahuan secangkir pengalaman bersama para pembaca. Saya percaya jika saya di julang maka saya akan patah, baik dari segi niat, mahupun keikhlasan menulis yang bertukar menjadi riak dan takabbur. Mohon di jauhkan.
Apa yang di paparkan dalam blog ini bukanlah untuk di patuhi,dituruti,atau di percayai, tetapi hanya sekadar sebuah perkongsian buah fikiran, dan juga mungkin...luahan perasaan?
Maklumlah, saya juga hanya manusia biasa.
"Bukan malam yang ku pegang,
Bukan siang untuk ku genggam,
Keimanan dan ketakwaan penebat iman,
Melandasi susuran sepanjang perjalanan"
Cukup setakat ini pada kali ini,
salam ukhuwah, dan salam sayang dari saya.
Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)