Sunday, January 9, 2011

Mari Bersenam! (Menyingkap Kesedaran,Membina Kekuatan,Memulihara Kesihatan)

(Gambar di petik dari http://irfanrasyid.blogspot.com/2009/06/shaolin-kungfu.html)
 
Menarik tak gambar di atas?Saya memang suka melihat pergerakan seni bela diri Kung Fu/ Shao Lin. Ianya kelihatan lebih 'lembut' yang saya sifatkan sebagai 'tenang & sabar'. Dan saya percaya seni bela diri yang lain seperti Judo,Silat,Karate dan lain-lain juga memiliki keistimewaan dan kelebihan dalam kelas yang tersendiri.

Namun apa yang ingin saya tekankan dalam entri kali ini ialah kepentingan 'pergerakan anggota badan' yang seringkali kita simpulkan sebagai 'senaman'.Ini berikutan peningkatan kes-kes obesiti yang semakin meningkat di kalangan penduduk dunia. Bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia!

(Gambar di petik dari http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/03/15/article-0-064EFCA50000044D-313_468x324.jpg)

Dan, perkara yang lebih membimbangkan ialah kesan buruk obesiti terhadap tubuh di mana ia boleh menjejaskan tahap kesihatan ke tahap yang KRONIK.

(Gambar di petik dari http://www.irishhealth.com/clin/ffl/obesity.html)
 
Lihat?Bahaya bukan?Eii..tak takut ke??
 
Semua jenis pergerakan adalah baik untuk kesihatan sama ada berlari,melompat,menungging,meniarap dan lain-lain. Dan dalam kesimpulan saya, terdapat satu 'sesi' di mana terdapatnya SATU SET pergerakan yang LENGKAP, yang pastinya mampu membina kesihatan yang lebih baik.



(Gambar di petik dari http://sainssolat.wordpress.com/about/)

Ya inilah dia yang saya maksudkan, satu 'sesi' yang mengandungi pergerakan yang sempurna sama ada untuk peredaran darah, penghantaran oksigen,pemulih-gerak peristalsis dalam usus, dan penambahbaik tahap denyutan jantung,semuanya  ada di sini iaitu melalui SOLAT.

Itulah yang dahsyatnya. Menunaikan solat bukan hanya sekadar memperoleh pahala bahkan juga sekaligus dapat memelihara & memulihara kesihatan ke tahap yang optimum. Namun ini hanyalah pandangan dari sisi saya,  hasil pengalaman & pembelajaran sepanjang hayat.

Dan saya sering menganggap solat sebagai 'penutup' segala pergerakan harian terutama solat malam (tahajjud). Ianya seolah-olah waktu yang paling optimum untuk membaiki dan mengganti sel-sel badan yang rosak akibat pekerjaan kita seharian. Waduh...waduh...sakitnya....hehe

"Badan yang sihat harus di pelihara
Tubuh yang sakit segeralah di pulihara
Amalan senaman baik untuk semua
Mari,mari,mari dan mari bersama kita mengamalkannya"


Mari,mari,mari.
Mari bersenam,mari bersolat!

Salam.Sekian.




 

Saturday, January 8, 2011

Robot VS Manusia (Erti Kehidupan)


Suatu hari sebuah Robot datang mengampiri saya lalu bertanya, "Apa ertinya menjadi seorang manusia?"
Dan saya menjawab, "Hidup Bertuhan!"


Apakah maksud 'hidup bertuhan'? Secara purata hidup bertuhan bermaksud "Penilaian hidup kita ke atas SUBJEK PENGORBANAN TERTINGGI yang kita SANGGUP lakukan". Dan jika tersalah,anda mungkin akan sesat!

Tak percaya?

Baiklah,saya akan memberikan contoh subjek yang di 'angkat' sebagai 'Tuhan' pada hari ini yang 99.99% telah berjaya menyesatkan akidah manusia:

1) Nafsu
2) Harta
3) Nama
4) Keseronokan tidak berbatas dunia
5) dan lain-lain (tak larat nak taip.Cukup sekadar contoh-contoh ini)

Tak nampak bukan?Kadang-kadang tak perasan pun.Atau buat-buat tak perasan.Kan?Kan?Kan?

Tuhan adalah 'subjek' di mana kita akan sanggup berkorban apa saja untuknya, baik mendapatkannya,memilikinya,memperolehi kasih sayangnya,cintanya,dan sebagainya!Kita akan berusaha kuat untuknya.

Dan Tuhan yang sebenar,sudah pasti adalah Allah Ta'ala yang seharusnya kita RELA BERKORBAN untuk-Nya,mendapatkan cinta-Nya,kasih sayang-Nya, dan keredhaan-Nya.


Jadi jika kita ulas semula akan maksud 'Hidup Bertuhan', sudah dapatkah anda menafsirkannya?


NOTA: Saya menghormati Tuhan agama lain. Sama seperti untuk penganut agama Islam, peringatan saya kepada anda juga adalah sama iaitu agar anda tidak meletakkan contoh 5 elemen di atas melebihi 'taraf' Tuhan anda kini.

"Apa yang di kejar,
Itulah yang di cinta,
Hidup Bertuhan penanda jalan,
Baik syurga, mahupun neraka."

Sekian.Salam.

Thursday, January 6, 2011

Berada Di Sini (Melintang Lalu Di Julang Patah)

        (Melintang lalu di julang patah)
*gambar ehsan http://www.flickr.com/photos/bacang/3670815415/..sangat cantik!

Seperti gambar di atas, beradanya saya di sini bukan untuk di julang, tapi untuk berkongsi  secalit pengetahuan secangkir pengalaman bersama para pembaca. Saya percaya  jika saya di julang maka saya akan patah, baik dari segi niat, mahupun keikhlasan menulis yang bertukar menjadi riak dan takabbur. Mohon di jauhkan.
 
Apa yang di paparkan dalam blog ini bukanlah untuk di patuhi,dituruti,atau di percayai, tetapi hanya sekadar sebuah perkongsian buah fikiran, dan juga mungkin...luahan perasaan?
Maklumlah, saya juga hanya manusia biasa.

 "Bukan malam yang ku pegang,
Bukan siang untuk ku genggam,
Keimanan dan ketakwaan penebat iman,
Melandasi susuran sepanjang perjalanan"

Cukup setakat ini pada kali ini,
salam ukhuwah, dan salam sayang dari saya.
Salam.